Monday, November 9, 2009

Sotong Bakar Serai Cicah Sos


Bahan Utama:


Sotong

Minyak jagung

Serai - 3 batang (dibersihkan)


Cara membuatnya:


Bersihkan sotong dengan air limau yang sedikit perahan atau guna air asam jawa. Tabur sedikit garam. Jangan terlalu banyak. Perapkan dengan serai tadi seketika. Kemudian sedia dibakar dengan bara yang sederhana. Ramuan untuk sos pula cuma gunakan sos yang bersesuaian heheheh : ).


Tips: Jangan terlalu lama bakar sotong kerana akan jadi liat. Jadi perlu ada agakan dalam membakar seafood ni.



Selamat Mencuba!!!

Sunday, November 8, 2009

Ikan Siakap Masak Tomato Anak Ibu


Bahan Utama:

Ikan Siakap - 1 ekor

Bahan tumisan:

Bawang besar - dihiris
Bawang kecil - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Bunga pelaga
Bunga lawang
Kayu manis

Bahan Perasa:
Garam
Gula (jika perlu)

Bahan lain:
Sos tomato
Cili merah
Asam Jawa (terpulang pada anda)

Bahan hiasan:
Daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya:

Goreng ikan siakap sehingga kekuningan dan terpulang kepada citarasa anda. Kemudian bahan tumis ditumis sehingga naik bau wangi. Jika nak wangi lagi boleh tumis dgn daun kari or pandan yang di potong kecil. Seterusnya, masukkan sos tomato, cili merah yang dipotong atau tumbuk halus. Masukkan garam secukup rasa dan juga bawang yang dihiris. Masukkan sedikit air asam jawa (boleh digantikan air sahaja). Biarkan masak seketika selama 3 minit. Kemudian masukkan ikan siakap yang digoreng tadi digaulkan hingga rata dan mesra. Akhir sekali boleh dihidangkan bersama dengan daun bawang atau bawang goreng.

Thursday, August 13, 2009

Station Kopitiam - Kelana Mall

Makanan yang dimakan oleh Pn Kamariah
Set Chicken chop teh o ais dan tembikai
yang berharga RM7.90


Lunch on Wednesday with Pn Kamariah at Station Kopitiam. Nice place and comfortable..the price also reasonable la...yelakan area Kelana Jaya. However, their food is simply like other restaurants..yup they provide variety of food. Ada juga promotion for lunch RM7.90 but only for chicken chop and tea O ice and some watermelon. So okla tuh lunch for RM7.90. Berbaloi-baloi...








Tuesday, August 11, 2009

Karipap "Apak Kiyau" di perhentian Seremban

"Apak Kiyau" atau namanya Brother Zamsedang menunggu pelanggan


If you drive from KL to south using PLUS Highway maybe you may stop at RnR Seremban.. especially at Petronas to buy a karipap. It is delicious and still hot..big size of curry puff. Lovely tuh..penjaja berkenaan bernama Abg Zam atau nicknamenya Apak Kiyau bertutur dalam loghat Negeri Sembilan. Hanya 2 jenis karipap iaitu karipap inti kentang dan sardin begitu laris dijual dgn harga RM1 untuk sardin dan 0.60 sen untuk kentang. Sedap dan panas..jika dilawan kan dengan air nescafe fuhh...Brother ni hanya bermodalkan motorsikal dan bekas karipap menjual di tempat parking petronas tersebut.Kebanyakkan pelanggan yang membeli karipap beliau adalah terdiri dari regular customer termasuk aku. Setiap kali pembelian aku akan membeli sebanyak 4 biji karipap. So berbaloi dengan harganya..rasa karipap Apak Kiyau memang berbeza berbanding dengan karipap yang dijual ditempat lain. Kalau menghala ke arah selatan singgahla Petronas di perhentian Seremban untuk menikmati karipap Apak Kiyau.

Saiz karipap yang besar dan masih panas






Tuesday, July 28, 2009

NOODLE STATION

Yup..lunch hari ini at Noodle Station di Kelana Mall berhampiran dengan Giant Kelana Jaya. Sesekali ubah selera betul tak? First impression for this restaurant and may gives A-...well furnished..comfortable...okla. So how about their services? Quite okla..the waiter and waitress have a good communication even I do some joke with them (nak bawa balik cawan yang cute tu..). As usual the restaurant provides variety of food but I can't memorize it. So I just decide to choose "noodle with chicken leg"...(betul ke?) with "I love you lemonade" while my friend decide to choose tomyam noodle with chicken bla bla..(how come its hard to remember arrr?). Sedap...thats me and friend of mine Yong boleh ekspreskan (my friend Kak Yong or Pn Kamariah)..The price is affordable. For example, my noodle and drink just only RM10.45 includes government tax. So okla tuh. Maklumlah baru dapat gaji kan. Saya juga tertarik dengan minuman disitu dimana mereka telah mengolah minuman yang biasa kita minum di kedai-kedai seperti teh ais yang diubah selera atau diolah semula dan bermacam lagi ice blende, hot coffee...semua agak murah.

So overall includes food, drinks, service and others = A-



Monday, July 27, 2009

Selera Muara




Ini merupakan lauk yang paling mudah dan menyelerakan. Mudah untuk di masak dan cepat. Saya sediakan resepi untuk rujukan anda semua.


Sotong Masak Sambal Pecah


Bahan Utama:


Sotong (dipotong) 1/2 kilo atau sekilo
Bawang merah 2 biji
Bahan Tumis:
Cili merah 2 biji
Bawang kecil 2 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 1/2 cm


Air asam jawa secukupnya

Garam secukup rasa

Sedikit minyak


Cara membuatnya:

Tumbuk bahan tumis dgn lesung kerana tak perlu hancur sangat. Potong nipis bawang besar. Tumiskan seketika kemudian masukkan sotong dan gaulkan hingga rata.Kemudian masukkan air asam jawa dan garam. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong nipis. Gaul biar rata dan biar seketika. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Simple, dan cara membuatnya memang pantas. Terpulang kepada masing-masing kalau nak tambah kayu manis dan bunga lawang atau bahan lain yang pentingnya bahan-bahan tumisan.


Selamat mencuba!

Monday, July 20, 2009

DARI LIDAH PENGARANG

Terima kasih kerana melayari blog ini. Insyallah saya akan update apabila bahan-bahan utama berjaya dikumpulkan. Untuk makluman semua blog ini berkenaan atau yang berkaitan dengan tempat saya dibesarkan iaitu MUAR atau dikenali dengan bandar Maharani. Selain itu akan saya selitkan resepi atau makanan yang terkenal di Muar dan daerah disekitarnya. Muar oh Muar..tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat kudibesarkan.