Tuesday, July 28, 2009

NOODLE STATION

Yup..lunch hari ini at Noodle Station di Kelana Mall berhampiran dengan Giant Kelana Jaya. Sesekali ubah selera betul tak? First impression for this restaurant and may gives A-...well furnished..comfortable...okla. So how about their services? Quite okla..the waiter and waitress have a good communication even I do some joke with them (nak bawa balik cawan yang cute tu..). As usual the restaurant provides variety of food but I can't memorize it. So I just decide to choose "noodle with chicken leg"...(betul ke?) with "I love you lemonade" while my friend decide to choose tomyam noodle with chicken bla bla..(how come its hard to remember arrr?). Sedap...thats me and friend of mine Yong boleh ekspreskan (my friend Kak Yong or Pn Kamariah)..The price is affordable. For example, my noodle and drink just only RM10.45 includes government tax. So okla tuh. Maklumlah baru dapat gaji kan. Saya juga tertarik dengan minuman disitu dimana mereka telah mengolah minuman yang biasa kita minum di kedai-kedai seperti teh ais yang diubah selera atau diolah semula dan bermacam lagi ice blende, hot coffee...semua agak murah.

So overall includes food, drinks, service and others = A-



Monday, July 27, 2009

Selera Muara




Ini merupakan lauk yang paling mudah dan menyelerakan. Mudah untuk di masak dan cepat. Saya sediakan resepi untuk rujukan anda semua.


Sotong Masak Sambal Pecah


Bahan Utama:


Sotong (dipotong) 1/2 kilo atau sekilo
Bawang merah 2 biji
Bahan Tumis:
Cili merah 2 biji
Bawang kecil 2 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 1/2 cm


Air asam jawa secukupnya

Garam secukup rasa

Sedikit minyak


Cara membuatnya:

Tumbuk bahan tumis dgn lesung kerana tak perlu hancur sangat. Potong nipis bawang besar. Tumiskan seketika kemudian masukkan sotong dan gaulkan hingga rata.Kemudian masukkan air asam jawa dan garam. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong nipis. Gaul biar rata dan biar seketika. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Simple, dan cara membuatnya memang pantas. Terpulang kepada masing-masing kalau nak tambah kayu manis dan bunga lawang atau bahan lain yang pentingnya bahan-bahan tumisan.


Selamat mencuba!

Monday, July 20, 2009

DARI LIDAH PENGARANG

Terima kasih kerana melayari blog ini. Insyallah saya akan update apabila bahan-bahan utama berjaya dikumpulkan. Untuk makluman semua blog ini berkenaan atau yang berkaitan dengan tempat saya dibesarkan iaitu MUAR atau dikenali dengan bandar Maharani. Selain itu akan saya selitkan resepi atau makanan yang terkenal di Muar dan daerah disekitarnya. Muar oh Muar..tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat kudibesarkan.